Thursday, 13 October 2011

Buat Baik Berpadah-padah......

Kata orang buat baik berpadah-padah...buat jahat jangan sekali...itu ungkapan melayu yang sering dikaitkan dengan kehidupan kita sehari-harian...mungkin bermaksud kebaikkan yang kita buat tidak  boleh sewenang-wenangnya...

Tapi macam mana pulak kalau kebaikkan yang kita buat tapi di balas dengan tuba..ahhh..Niat kita baik..untuk kebaikkan semua pihak. Tapi sebelah pihak sana menganggap kebaikkan yang kita hulurkan satu nista yang perlu dibalas dengan tuba..

mungkin di zaman terkini ini..tiada lagi teguran yang boleh dianggap sebagai satu kebaikkan. Setiap teguran sama ada baik atau sebaliknya semua ditafsirkan sebagai satu ancaman...Dalam keadaan begitu, kawan bukan lagi di pandang kawan...sebaliknya dianggap musuh yang perlu di balas dengan kuasa yang ada di sebelah pihak...

Terkilan rasa hati...teguran yang kita anggap sebagai satu teguran kebaikkan ditafsir pulak sebaliknya..hingga perlu di balas guna kuasa yang ada. Mungkin selepas ini tiada lagi istilah teguran kebaikkan yang akan aku lakukan sebaliknya mungkin boleh di gunakan istillah "saya yang menjalankan tugas"...

No comments:

Post a Comment