Friday, 26 August 2011

Ramadhan Ke-26

"kan sdh biasa pagi raya di sini pas tu baru balik kampung.." itulah kata-kata abang setiap kali aku luahkan di mana raya pertama kami. Hampir 10 tahun kahwin baru pertama kali kami merasai hari raya pertama bersama keluarga aku di kampung..Dan KEBIASAAN memang hari raya pertama di sini..bersama keluarga mentua...Ahhh..apakah KEBIASAAN ini akan berterusan hingga akhir hayat aku..atau hingga akhir hayat kedua ibu bapa aku...Entahlah...

Andai Syawal ini, syawal terakhir untuk aku..apakah ini satu pengalaman yang amat pahit untuk kedua ibu bapa aku setelah aku di ijab kabulkan...Setiap kali pertanyaan bapa.."Dimana kamu raya pertama?"....Tiada jawapan yang ikhlas yang lahir dari suara hati aku...hanya kata-kata yang cuba menjaga maruah abang..walau merobek tangkai hati aku...

Tidakkah tergerak hati abang untuk mengubah KEBIASAAN itu..Ya Allah Ya Tuhanku..tiada niat walau sekumit kuman sekali pun untuk menderhaka dengan abang atau untuk membantah apa pun keputusannya..Cuma aku mahu menggembirakan kedua ibu bapa aku di usia emas mereka...selagi mereka ada...

No comments:

Post a Comment