Orang cerdik akan berusaha merubah kerugian menjadi keuntungan. Sedangkan orang yang bodoh akan membuat satu musibah menjadi bertumpuk dan berlipat ganda.
Ketika Rasullah Shallallahu 'alaihi wasallam diusir dari Mekah, baginda memutuskan untuk menetap di Madinah dan kemudian berjaya membangunkannya menjadi sebuah negara yang sangat akrab di telinga dan mata sejarah.
Ahmad bin Hambal pernah dipenjara dan didera, tetapi kerana itu ia kemudiannya menjadi imam salah satu mazhab. Ibnu Taimiyah pernah dipenjara, tetapi justeru di penjara itulah ia banyak melahirkan karya. As-Sarakhsi pernah dikurung di dasar perigi selama bertahun-tahun, tetapi di tempat itulah ia berjaya mengarang buku sebanyak 20 jilid. Ketika Ibnu al-Atsir dipecat dari jawatannya, ia berjaya menyelesaikan karya besarnya yang berjudul Jami'ul Ushul dan An-Nihayah, salah sebuah buku yang paling terkenal dalam hadith. Demikian halnya dengan Ibnu al-Jauzi, ia pernah diasingkan dari Baghdad, dan kerana itu ia menguasai qira'ah sab'ah. Malik bin Ar-Raib adalah penderita suatu penyakit yang mematikan, namun ia mampu melahirkan syair-syair yang sangat indah....
Ketika tertimpa sesuatu musibah, anda harus melihat dari sudut yang paling terang darinya. Ketika seseorang memberi anda segelas air limau, anda perlu menambah sesendok gula ke dalamnya. Ketika mendapat hadiah seekor ular dari seseorang ambil saja kulitnya yang mahal dan tinggalkan bahagian tubuhnya yang lain. Ketika disengat kala jengking, ketahuilah bahawa sengatan itu sebenarnya membezakan kekebalan pada tubuh anda dari bahaya bisa ular...
Kendalikan diri anda dalam berbagai kesulitan yang anda hadapi. Dengan begitu anda akan dapat mempersembahkan bunga mawar dan melati yang harum...
No comments:
Post a Comment