Thursday, 11 August 2011

Adik..Maafkan Ibu

zuuppp...zuuppp..zuuppp...tiga kali tapak tangan c anak berumur 6 tahun di rotan oleh c ibu..gara-gara c anak tadi menconteng sofa dengan permanent pen...bummmm..pintu bilik ditutup dengan kuat oleh c anak sambil menangis memprotes tindakan c ibu merotan tapak tangannya..berdegup hati kecil c ibu mendengar bunyi pintu yang kuat itu bercampur dengan perasaan yang masih terkejut dan marah bila melihat sofa yang diconteng tadi, ditambah lagi dengan rasa keletihan yang belum hilang ketika membereskan kerja-kerja di pejabat tadi...di bulan puasa ini.

Maafkan ibu....bukan ibu sesuka hati merotan tapi ibu juga punya perasaan...perasaan marah..perasaan penat...sepatutnya adik tidak membuat perkara yang buat ibu marah..berkali ibu pesan..kita kena jaga semua harta yang ada di rumah..Bukan mudah dik, kita perolehi harta-harta itu, sepatutnya bila kita sudah miliki kita kena hargainya...kan selalu ibu pesan, Allah akan sayang kita kalau kita sayang semua orang..juga semua benda yang kita miliki...

Walaupun adik baru 6 tahun, tapi adik kena juga belajar menghargai semua milik kita..supaya bila adik sudah besar nanti adik tidak membazir sesuka hati adik..walaupun kalau waktu itu kehidupan adik lebih mampu dari apa yang dapat ayah dan ibu sediakan sekarang ini.

adik, ketahuilah..tiada ibu yang tidak sayangkan anak..semua ibu punya naluri kasih sayang..kerana kasih sayang itu jugalah ibu rotan adik tadi supaya adik tahu itu kesalahan yang adik buat..supaya adik akan ingat yang adik tidak akan mengulangi kesalahan itu akan datang...Lagipun ibu mau adik buang tabiat adik yang suka menconteng sana sini tidak mengira tempat..Kalaulah ibu tidak sayangkan adik, ibu akan biar adik begitu..mungkin tabiat suka menconteng itu akan sebati di jiwa adik hingga adik besar..ibu takut tabiat itu akan merosakkan diri adik nanti..

Maafkan Ibu ya Adik..Ibu sayang adik...

No comments:

Post a Comment